Sederap kaki melangkah pergi, berlinang air mata..Air mata yang bercampur antara air mata kesedihan dan kegembiraan..Air mata ibu dan anak..Mana mungkin ibu yang melihat anaknya mula merangkak,,kemudian bertatih,,lalu berjalan,,berlari dan kini........terbang jauh meninggalkannya..Dalam enggan dan tidak,,melepaskan dengan pengharapan dan kebimbangan..Mampukah anak ini pergi jauh bermusafir di negara orang?? Tabahkah dirinya??
MESIR....ARDHUL KINANAH..Tanah yang aku pilih untuk menimba ilmu dan pengalaman..Meneruskan kehidupan sebagai "khalifah" dan "a'bid"..Bumi yang pernah menjadi qiblat ilmu ummat islam suatu ketika dahulu..Bumi dimana banyak misteri yang masih belum terungkai.....
Universiti Al-azhar,,memang dari dahulu ak mengimpikan gelaran "AZHARI"..Tempat yang melahirkan ramai tokoh islam yang hebat..Aku juga ingin menjadi seperti mereka..Rasa rugi jika tidak turut sama menyumbang dan ambil bahagian dalam kebangkitan islam..Biar sedikit tetapi meninggalkan kesan...
"Ni surat dari mak...bila da sampai sane nanti baru baca",,pesan mak dengan senyuman yang dibuat-buat dan air mata yang gagal disekat..Aku senyum...."Ala mak ni,,,tak payah la nangis sampai macam tu,,orang bukannya nak pergi bunuh diri",,,gurauan yang membuat mak tersenyum semula..
Assalamualaikum w.b.t..
Titipan warkah untuk anakku. Wahai puteraku, keberangkatanmu ke bumi anbiya' direstui oleh Allah dan kami disini. Telah tepatlah pilihanmu. Bonda minta kuatkan semangat dan capailah impian dan cita-cita dengan penuh tanggungjawab. Ini amanah dari yang maha Esa. Jangan kau berubah hati. Minta dengan Allah agar sentiasa di jalan yg hak.
Ingatlah kepergianmu membawa panji-panji harapan keluarga dan negara juga agama. Pulanglah dengan kejayaan dan kemenangan. Pesanan bonda sepanjang permusafiran ini, kamu sebenarnya menghampiri pintu-pintu syurga. Berdoalah sentiasa kerana orang yang bermusafir doanya cepat diangkat ke langit. Maka janganlah disia-siakan hadiah Allah ini.Bersyukurlah kerana Allah memilihmu nak..Inilah anugerah tidak semua orang merasa. Hanyalah ini ungkaan yang bonda berikan kerana bonda yakin bukan harta dan wang yang bonda dapat berikan dapat menebus kesenanganmu. Ingat-ingatlah hidup di negeri orang utamakanlah akhlak mulia. Akhlak mulia ibarat buah yang manis dan lazat menjadi idaman setiap manusia. Sekian dari bonda..Wassalam
Ditulis ketika menanti waktu subuh dan diakhiri ketika azan subuh berkumandang..
Isi kandugan surat yang dititipkan..Walau sudah setahun di sini,,surat ini masih lagi mampu memberikan sumber kekuatan dan motivasi untuk terus cekal dengan hadaf yang ingin dicapai...
InshaAllah surat ini akan menjadi alat untuk membetulkan semula niat tatkala diri ini mula lalai...
Ya Allah....tetapkan diriku berjalan di atas jalan redha dan rahmatMu.......amiiiinn....