Saturday, 23 June 2012

.::ukhuwwah fillah::.

Dah lame x menjengah2 kt sini.....fuuhhhhh....*tiup habuk* eheh!

Assalamualaikum w.b.t.. setelah sekian lame x mengepost, setelah ditegur oleh makhluk2 yg prihatin, tetibe terbuka hati nak post..(tambah pulak mase lapang lepas exam)..

Tahun ni alhamdulillah Allah beri peluang untuk raikan Ramadhan bersama sahabat2 di Mesir..
ada kawan yg tanye kenapa x nk balik Malaysia tahun ni??"ehh...suke hati la...kenapa nak kena balik tahun ni??" *x penting,,abaikan*

setelah tamat exam 14 Jun lepas,maka ramailah sahabat2 sekuliah yg cabut pulang ke Malaysia. Berlakulah aksi2 berlaga pipi antara sahabat untuk tunjukkan keakraban..alaaaa......ala-ala ukhuwwah fillah gitu...hahaha..x kurang yg x bertegur.. "ade aku kesah die nak balik??" *ok,,saye lah orang itu,,series!!!*

ehhhh....??? ukhuwwah fillah tu ape bende ea??

ok..ukhuwwah fillah ni bahase arab yg bermaksud bersaudara kerana Allah dan kalau dah kerana Allah maka secara automatik perkara itu jadi ibadah dan dalam ibadah secara automatik x boleh wujud unsur2 negatif yang bila mana adanya unsur2 negatif walau sekecil biji anggur maka perkara itu x menjadi ibadah.....tibe.. 
*Tahniah jika anda bace ayat ni dalam satu nafas..!!! ok tarik nafas..^^,*

ada yg hanye mengucapkan ukhuwwah fillah ketika berada dalam satu kumpulan,dan bila x dalam satu kumpulan maka ukhuwwah fillah ni dah x valid..ehh??

ada orang yg ukhuwwah fillah hanye sekadar ucapan tanpa dihadirkan dgn amal dan hati yg ikhlas...

ada orang ucapkan ukhuwwah fillah hanye apabila melakukan perkara2 yg indah bersama2..*cewah*..

dan apabila x sependapat atau dalam keadaan bersedih maka hilanglah segala ukhuwwah fillah yg diucapkan sebelum ni..ukhuwwah fillah itu sesuram wajah sahabat yg bersedih tadi...mcm kelakar..tapi memang x kelakar..!!*anda kena bertaubat atas ucapan2 dusta itu sekiranya tergolong dalam sepisis di atas..aiyoooo....*

dusta??apasal pulak??

tahukah anda yg ukhuwwah tu ad peringkat2nya?? *"peringkat" juge disebut sebagai "mustawa", kelakar ad sahabat yg eja sebagai "mustawaR",,haha..ejaan asalnye 'mim,,'sin',,'ta',,'waw',,'ya bebek' (ya tanpa titik..mcm pelik bunyinye,,tapi ni la yg ustazah sebut kt sekolah dulu)*

"serendah-rendah ukhuwwah ialah berlapang dada setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar (mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri)"

see...kate ukhuwwah fillah tapi bertengkar hal2 kecik,x bertegur bila x sependapat...serendah2 *bace ghendah2* ukhuwwah pon x lepas..bertengkar kt facebook bagai nak rak *bace ghak*,,bile jumpe senyap....eheh!

"ehh,,hari ni giliran aku masak ke??ape kate ko je yg masak hari ni bro..??hehe..aku ithar kali ni..mengutamakn org lain la katekan....~ setinggi2 ukhuwwah bro.."

aikk??salah konsep ithar laa..hehe *berlaku dalam kalangan ahli rumah*..

p/s: kadang-kadang takut jugak nk ucapkan ukhuwwah fillah..takut sekadar ucapan kosong tanpa dihadiri dgn hati kerana Allah...=(



Saturday, 3 December 2011

Revolution is not so romantic.....

  "Revolution is not so romantic,,you experienced it yourselves here..",,kata Prof. Khaled,,salah seorang pensyarah kami....

   Selepas revolusi,,bandar Kaherah berubah rupa..Bersih...!!! tapi malangnya untuk beberapa minggu je..Lepas tu kembali mcm biase...hehe

  "Orang mesir ni,,nak ubah benda yang besar,,bukannya nk mula dari benda2 kecik dulu..Cubalah tepati janji dulu,,jaga kebersihan dulu ke.."...

    "If you want a revolution,,please.....do start with your toilet...nak masuk tandas pon x de selera..."

     Antara pandangan sahabat2 yang masih aku ingat...Mengeluh......hampir setiap hari ad pelajar2 warga mesir berkumpul menunjuk perasaan di Universiti...

     aku pulak rasa macam "huiiyooo....semangat gile diorang....mantap sgt syabab misr ni..tapi macam masaalah jugak,,lantak la,,asalkn x mengganggu kami nk blaja.."


   But at least they do achieve something...after more than 30 years...

     Di sini,,aku mengerti dan merasai bagaimana sukarnya rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim..Betapa mereka perlu berkorban hingga nyawa sekalipun...
bagaimana sukarnya rakyat bergelut untuk membina semula negara yang baru...


     MABRUK YA MISRIYYUN...!!!




apa kaitan simbol ni dengan "keamanan"??kalau "sabi'e" (tujuh versi arab) sesuai la kot..hehe
                                        

Monday, 28 November 2011

KaSIh IBu SaMPAi ke SyUrga....

  Sederap kaki melangkah pergi, berlinang air mata..Air mata yang bercampur antara air mata kesedihan dan kegembiraan..Air mata ibu dan anak..Mana mungkin ibu yang melihat anaknya mula merangkak,,kemudian bertatih,,lalu berjalan,,berlari dan kini........terbang jauh meninggalkannya..Dalam enggan dan tidak,,melepaskan dengan pengharapan dan kebimbangan..Mampukah anak ini pergi jauh bermusafir di negara orang?? Tabahkah dirinya??

 MESIR....ARDHUL KINANAH..Tanah yang aku pilih untuk menimba ilmu dan pengalaman..Meneruskan kehidupan sebagai "khalifah" dan "a'bid"..Bumi yang pernah menjadi qiblat ilmu ummat islam suatu ketika dahulu..Bumi dimana banyak misteri yang masih belum terungkai.....

Universiti Al-azhar,,memang dari dahulu ak mengimpikan gelaran "AZHARI"..Tempat yang melahirkan ramai tokoh islam yang hebat..Aku juga ingin menjadi seperti mereka..Rasa rugi jika tidak turut sama menyumbang dan ambil bahagian dalam kebangkitan islam..Biar sedikit tetapi meninggalkan kesan...

  "Ni surat dari mak...bila da sampai sane nanti baru baca",,pesan mak dengan senyuman yang dibuat-buat dan air mata yang gagal disekat..Aku senyum...."Ala mak ni,,,tak payah la nangis sampai macam tu,,orang bukannya nak pergi bunuh diri",,,gurauan yang membuat mak tersenyum semula..


Assalamualaikum w.b.t..
Titipan warkah untuk anakku. Wahai puteraku, keberangkatanmu ke bumi anbiya' direstui oleh Allah dan kami disini. Telah tepatlah pilihanmu. Bonda minta kuatkan semangat dan capailah impian dan cita-cita dengan penuh tanggungjawab. Ini amanah dari yang maha Esa. Jangan kau berubah hati. Minta dengan Allah agar sentiasa di jalan yg hak.
    Ingatlah kepergianmu membawa panji-panji harapan keluarga dan negara juga agama. Pulanglah dengan kejayaan dan kemenangan. Pesanan bonda sepanjang permusafiran ini, kamu sebenarnya menghampiri pintu-pintu syurga. Berdoalah sentiasa kerana orang yang bermusafir doanya cepat diangkat ke langit. Maka janganlah disia-siakan hadiah Allah ini.Bersyukurlah kerana Allah memilihmu nak..Inilah anugerah tidak semua orang merasa. Hanyalah ini ungkaan yang bonda berikan kerana bonda yakin bukan harta dan wang yang bonda dapat berikan dapat menebus kesenanganmu.  Ingat-ingatlah hidup di negeri orang utamakanlah akhlak mulia. Akhlak mulia ibarat buah yang manis dan lazat menjadi idaman setiap manusia. Sekian dari bonda..Wassalam




   Ditulis ketika menanti waktu subuh dan diakhiri ketika azan subuh berkumandang..


  Isi kandugan surat yang dititipkan..Walau sudah setahun di sini,,surat ini masih lagi mampu memberikan sumber kekuatan dan motivasi untuk terus cekal dengan hadaf yang ingin dicapai...

InshaAllah surat ini akan menjadi alat untuk membetulkan semula niat tatkala diri ini mula lalai...

Ya Allah....tetapkan diriku berjalan di atas jalan redha dan rahmatMu.......amiiiinn....

LinkWithin